Sunday, 23 June 2013

Pelengkap Hidupku - Bab 1 & 2

Assalamualaikum bloggers ..  .. Pelengkap hidupku .. enjoy it! hak milik Aien Tralala . No copy paste without my permission ..


BAB 1
Hari ini first day aku masuk kolej.Bestnya!mesti ramai pakwe-pakwe yang handsome.Aku rasa dah set jam semalam,tapi kenapa tak bunyi pun?! Sah ni mesti kerja adik bongsu aku yang nakal itu.
“Adik!!!!!!! “ jerit aku sampai rasa tekak nak pecah dah ni.
“Morning kakakku yang comel,cantik and semualah.”Amboi pandai kau ambil hati aku pagi ini ya.Tunggu kau , siap aku kerjakan nanti.
“Kenapa kau masuk bila aku ? kau tahukan aku dah lambat nak pergi kolej!”
“Sorrylah.”
“No sorry-sorry!”
“Aisyah tak baik tahu buat Nurin macam itu.Mama tak pernah ajar anak-anak mama bergaduhkan?” Mama turun ke bawah dan meleraikan pergaduhan kami berdua.
“Mama suka bela Nurin.Mama tahukan Ecah kena bangun awal,lagipun harini kan first day untuk daftar dekat kolej tu.”
“Mama tak bela siapa-siapa pun” ujar mama.
“ iye lah tu.” balasku dengan sopan.
“Awak kata dah lambat, ni kenapa tak sarapan dulu?”
“Its okay , mama.I’ll breakfast at collage.Bye mama!”sambil mencium tangan mamaku.
Setibanya aku di kolej,dari jauh sudahku lihat kelibat Wawa Evanzz yang turut mendaftar di kolej itu.
“Hai Wawa!Kau pun nak daftar ke ? “ Tanyaku pada Wawa.
“Yup.Akhirnya lepas kita ambil SPM baru kali ni aku jumpa kau Ecah.Seriously aku rindu kau and kawan-kawan yang lain.” Wawa mengeluarkan bait-bait katanya sambil memeluk aku.Aku tidak menyangka dia mengeluarkan air mata,sedangkan dia memang susah hendak mengeluarkan air mata.Mungkin dia terlalu rindukan aku dan kawan-kawan yang lain.
Semasa hendak beratur untuk mendaftar,ramai pelajar yang bertolak-tolak untuk mendaftar.Dia orang ingat dia orang sahaja yang mendaftar kut.Hei,aku pun samalah!
“Oh mak kau.” Opss termelatah pula disebabkan seorang mamat itu menolak aku.
“I’m so sorry.” Ujarnya
“Woi , buta ke apa hah?! “ marahku.
“Sorry . I nak cepat ni.You budak baru eh?” tanya dia.
“Yes,lain kali jalan tu tengok depan okay?” ujarku.Kalau nak diikutkan hati aku ni dah lama muka dia aku lebamkan tapi muka handsome macam tu tak sanggup pula nak cederakan,lagipun ni first day aku kat sini so kena la sopan sikit.
“I’m Ammar Arshad.You?”
“Aisyah Amanda,just call me Ecah.By the way,you ambil kos apa?”
“Nice to know you,Ecah. I ambil kos perakuanan.You?”
Alamak! Kos dia sama dengan aku la pulak.Hari-hari mengadap muka dia sah aku tak boleh focus nanti. “Samalah.I ambil kos tu jugak” mengaku sajalah Ecah oi..Tapi okay jugak kalau dia satu kos dengan aku.Dia senior so apa-apa hal yang aku tak faham bolehlah aku Tanya dia.
“Oh.Ecah,I have to go now.I need to meet up my dad at airport.Dia baru balik dari Jepun,lepas balik dari Jepun dua tiga hari lagi ke Paris pula.Ada kerja dekat sana.”
Sah! Dia memang anak orang kaya ni.Dah la handsome, kaya pulak tu.arhhh meltingggg..Eh sabar Ecah sabar. “Okay.” balasku.
Mana pulak si Wawa ni.Selalu saja lambat.Ingatkan dah besar panjang dia dah boleh tepati masa tapi hampeh.15 minit menunggu Wawa,dia datang bersama 2 perempuan yang macam aku kenal tapi tak tahu siapa.Dalam fikiran ku,mungkinkah mereka classmate aku dulu?
“Hoi Ecah.Apasal kau tengok dia ni semacam?” tanya Wawa.
“Tak,muka dia macam pernah Nampak tapi kat mana ek? Kejap-kejap bagi aku ingat.” Balasku sambil mengingatkan semula masa laluku.Tak silap lagi dia ni bekas classmate aku masa tingkatan 1.Ya! Huda dan Nadia, budak yang selalu kena bahan dengan aku.Almaklumlah dulu aku kaki bahan.haha!
“Ecah! Tolong aku!” jerit Nadia.Dia meminta tolong dengan aku tetapi aku tidak tahu apa yang terjadi pada dia.Aku cuba mencari suara dia.Aku mencari dia di setiap bangunan sekolah Cuma satu je belum aku cari,iaitu di Makmal Komputer.Perlahan-lahan aku memegang tombol pintu dan lalu membuka.Dengan terkejut semua classmate aku dari 1 Dedikasi menyorok disitu dan nak surprisekan aku sebab masa tu hari lahir aku yang ke 13 tahun. Tak sangka mereka sudah rancang birthday party ni untuk aku.
Aku tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan kegembiraan itu.Aku sangat-sangat berterima kasih pada dia orang semua sebab sanggup buat semua tu demi aku.Jasa mereka tidak akan aku lupa sampai bila-bila.
“Aisyah! Aisyah!” suara Huda mengejutkan aku dari lamunan tadi.
“Eh Huda,Nad! Korang study sini jugak ke ?” tanya ku.
“Eh nolah.Aku just temankan Nadia ni jumpa Sharmizal.” Jawab Huda.
“Oh.Sharmizal mana ek ?” Tanya lagi. Sharmizal banyak.
“Takkan lah kau tak ingat Sharmizal mana.Ish kau ni Ecah.Dah banyak kau lupakan pasal sejarah kita dulu.”
Hah! Please jangan ingatkan aku pasal sejarah dulu.Banyak gila sejarah masa dulu. Ada yang aku buat baik ada jugak aku nakal.Haha! Tapi sumpah aku tak ingat siapa Sharmizal.Yang aku ingat time 1 Dedikasi dulu Aien,Wawa,Huda,Nadia,Miera,Syahirah,Izzati,Jannah and Aisyah klon aku. Kalau budak lelaki rasanya yang aku ingat Azry,Ammar,Din,Akmal,Nazrul and Huszaimi.Ada lagi ke yang aku tak ingat? Kejap-kejap,Sharmizal macam pernah aku dengar nama tu.Bukan ke dia ex-boyfriend Wawa?
“Lupa aku nak bagitau korang,aku pernah accident then ingatan aku tak berapa nak ingat pasal sejarah hidup aku.Ni yang aku ingat pun sebab adik aku yang banyak cerita pasal aku.So sikit-sikit aku mulalah ingat semua tu.” Ujarku.Ya,memang aku pernah accident.Masa tu aku nak pergi rumah bakal mak mertua aku iaitu rumah Farish Aliff.
“OH.Sorry la kawan.Aku tak tahu pulak apa yang berlaku kat kau,yela kita semua dah lama tak contact kan.Sharmizal tu tunang aku. Dia dulu satu kelas dengan kita. Dia pernah suka dekat Wawa ni hah.” Terang Nadia.
Wawa yang tadi hanya diam mula bersuara. “ Dulu ok dulu.” Wawa still single.Aku harap dia dapat jumpa seseorang yang terbaik untuk dia. “So Nad,bila nak melangkah ke alam perkhawinan pulak? Nanti jangan lupa jemput aku.Dah lama teringin nak makan nasi minyak kau.” Gurauku.
“InsyaAllah semua kawan-kawan aku pasti aku jemput.Tapi sekarang ni kami dua busy sikit.Dia dengan hal dia aku dengan hal aku.” balasnya sambil senyum kepada kami semua.
“Guys , aku kena pergi ni.Kelas aku dah nak mula.Before that,bagi aku contact number korang.Bila free nanti aku call.” tanya Wawa sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.Seorang demi seorang bagi nombor telefon masing-masing ke dia.Hari ni kelas aku tak mula lagi so bolehlah ajak dia orang lepak-lepak. “Korang,jom lepak! Lagipun hari ni aku tak ada kelas.”tanya aku.Mengharap mereka dapat menyempurnakan permintaan aku.Huda dan Nadia saling berpandangan antara satu sama lain. “Ok juga.Kita pun lama tak jumpa ni.Tapi aku nak kena tunggu encik tunang dulu! Hehe” balas Nadia. “Kita tunggu je lah dia kat kereta,apa susah!” Huda bersuara.Betul juga tu! Kenapa aku tak fikir dari tadi je? Haisyy..
“Kejap aku call dia.”
“Huda,kita nak naik kereta siapa?Aku ke kau ?” tanya aku.Huda berfikir sejenak.Nadia menuju ke arah kami berdua. “Naik kereta aku jelah ye.Lagipun nanti Sharmizal drive.” Setelah sejam menunggu Sharmizal,Nadia tetiba sakit kepala.Dari jauh Huda sudah melihat kelibat Sharmizal. “Aisyah kejap tau.Aku nak panggil si Mizal tu.”
“Okay.” Ujarku.
Bab 2

Kenapa semua gelap ni? Aku dimana? Ada juga suara-suara yang memanggil aku.Siapakah dia? Aku kenal dia? Arhhhhh kenapa kepala aku sakit? Aku memegang kepala dan lihat ada darah yang banyak. Apa yang terjadi sebenarnya? Beribu persoalan berada diminda. “Aisyah..Aisyah..” suara siapakah itu?
            “Aisyah..Aisyah..Bangunlah nak.Ni mama.” tangisan yang aku dengar tapi mata aku susah nak buka dan lihat siapa wanita itu.Mama? dia mama aku ke? Ya Allah , sakitnya!
Setelah 2 bulan koma, kini aku mula sedar. “Doktor..doktor..” siapa yang panggil doctor aku pun tak tahu.Yang pasti suara lelaki.Siapa dia? Doktor masuk ke dalam wad dan segera periksa aku.Doktor mengatakan sesuatu tetapi aku kurang jelas mendengar.Hanya dengar  ‘hilang ingatan’ , apa benar aku hilang ingatan?


Bab dua ini belum siap sepenuhnya. Nantikan bab 2 di novelmelayukreatif.com :)